Sunday, December 25, 2011

TAHUN BARU MUNCUL LAGI

Wow....sedar tak sedar kita sudah hampir kepada pengakhiran tahun 2011....Ya Allah leka nya aku pada tahun 2011 yang hampir berakhir. Setiap kali menjelang tahun baru, kita pun sibuk dengan menanam azam baru tapi azam lama dah tercapai ke????....setiap tahun aku berazam untuk memperbaiki kewangan...alhamdulillah..ada lah tapi masih tidak memuaskan kerana masih tidak betul-betul mencapai apa yang aku hajati. 2012...TAHUN NAGA...orang cina kata tahun 2012 banyak bawa "ONG"....pada kita orang Islam..semua tahun adalah baik...ada kemuliaannya...yang tak baiknya kita yang masih tak pandai mengatur hidup...mengatur kewangan...masih lagi dengan "nasib baik"...."nasib baik" aku kerja kerajaan...bulan-bulan ada gaji...."nasib baik" aku masih bekerja.....itulah dia...kita orang Melayu yang sentiasa bernasib baik. sampai bila nak berharap kepada nasib yang baik?...Kalau nasib tak baik...macam mana? Sama-samalah kita fikirkan....jangan terlalu berharap kepada "nasib baik"....kerana kadang-kadang malang tak pernah berbau...jadi sediakan payung sebelum hujan. Bersama-samalah kita ingat mengingati....semuga tahun 2012 membawa banyak keberkatan dengan limpah rahmat NYA...YA RAHMAN YA RAHIM.

No comments:

Post a Comment

my album

My most memorable sailing experience.10 days with Puteri Mahsuri. Kenangan terindah Pelayaran Tunas Samudera bersama kapal Puteri Mahsuri